Pengikut

Sabtu, 2 Februari 2008

SANGGARA' PEPPE'


Sanggar Peppe' adalah salah satu resipi makanan Bugis yang ringkas tetapi enak, apalagi kalau dimakan beramai-ramai. Kata orang putih, very simple recipe.

BAHAN-BAHANNYA:
  • Loka atau Otti (Pisang) yang cukup matang tetapi tidak masak. Banyaknya, ikut suka hati.
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  • Bahan Untuk Sambal :Lambace tase (Tomato masak), Ladang (cili), Tarasi(belacan), Pejje(Garam) dan Golla (Gula).

CARA-CARANYA:
Kupas pisang dan masukkan ke dalam air agar tidak hitam. Panaskan minyak dan goreng pisang tadi sehingga agak masak, jangan sampai berubah warna jadi perang atau hangus. Sejukkan, kemudian pipihkan satu persatu dengan menggunakan cobek(lesung), awas jangan hancur atau lumat. Cukup dengan merubah bentuknya menjadi kepingan setebal setengah cm.
Bila sudah cukup, goreng sekali lagi (pisang yang sudah dipipih) sehingga agak garing sedikit, jangan terlalu garing. Siap....senangkan!


PENYEDIAAN SAMBAL TOMAT:
Bersihkan tomato dan cili. Tumbuk lumat bersama tarasi, garam dan sedikit gula pasir. Kalau mahu dimasak boleh juga, kalau tidak pun boleh. Terserah anda....siap sambalnya.

Nah...panggil semua anggota, hidangkan masa panas-panas. Cicah sanggarnya dalam sambal dan...emph...sodaapnya. Selamat mencuba.

Kamus bugis:
cobe' (cobek) - lesung kecil untuk menumbuk/melumatkan bahan makanan.
pelungeng - lesung besar, biasanya digunakan untuk menumbuk padi, tepung dansebagainya.
lambace' - tomato kecil bulat. Yang lebar seperti bentuk bunga dipanggil boddong sitambolo'.
tarasi - belacan keping, manakala belacan kering (udang beraga) dipanggi lame'.

Tiada ulasan:

Mabbaca Al-Qur'an secara online. Ta klik iyewe : AL-QUR'AN
Beli Tafsir Al-Quran per kata.