Pengikut

Sabtu, 5 Januari 2008

RESEPI ASLI BUGIS


BURONGGO/BURONGKO/BRONGKO

Bahan:
1 sisir loka/otti yang masak ranum (buang urat/bahagian tengahnya)
1 biji kaluku ambil santannya
1 cawan golla kessi
5 biji tello
daulloka/daung otti (buang pelepahnya bentuk segi empat 8x8 in)


Cara-cara sediakan adunan:

Lenyek loka/otti sehingga lumat. Boleh gunakan alat pengisar (blander). Masukkan tello, santan sedikit demi sedikit dan gula. Gaulkan sehingga rata. Tambahkan santan sehigga bancuhan agak cair. Jangan terlalu cair atau keras. Keras nanti jadi
pasau loka pula. Golla ikut suka hati, kalau mahu kurang manis, kurangkan gula.

Cara membungkus:
Temukan hujung daun seperti gambar 1. Daun hendaklah disalai sekejap agar layu dan tidak mudah terkoyak. Tarik naik hujung tepi kiri dan kanan membentuk takungan seperti gambar 2. Masukkan adunan di atas (1/2 cawan anggaran) dan kemaskan lipatan sepeti gambar 3. Bungkusan hendaklah dikuatkan dengan menyemat lidi di hujung lipatan daun.

Kukus sehingga masak ( anggaran 15-20 minit). Adunan akan menjadi sedikit pejal apabila masak. Siap.... lebih sedap dihidang sejuk. Dari peti sejuk lagi sedap......cubalah.

Maksud perkataan:
pasau loka - kek pisang, golla kessi-gula pasir, tello-telur.

Nota: Nantikan resepi sikaporo/sikapur....akan datang.

Tiada ulasan:

Mabbaca Al-Qur'an secara online. Ta klik iyewe : AL-QUR'AN
Beli Tafsir Al-Quran per kata.