Pengikut

Ahad, 23 Disember 2007

RESEPI ASLI BUGIS

BURASA' (BURAS)
(Gambar: Buras pulut, bentuknya panjang berlainan dengan buras beras)

Bahan mentah
:Werre' 1kg, Kaluku 1 biji diparut dan ambil santannya, pejje secukup rasa.
Bahan pembungkus : Cholli'loka/otti, Daulloka, pebbebbe'/wennang godang.

Cara-caranya:
Bersihkan werre' sebersih-bersihnya. Toskan.
Panaskan santan hingga mendidih. Bila mendidih kecilkan api. Masukkan pejje. Agak bila santan sudah berubah warna sedikit, padamkan api. Tuang santan panas ke dalam beras sambil gaulkan. Ingat! jangan terlalu banyak. Beras biar lembab sedikit, tapi merata.

Sediakan cholli'loka yang dipotong bentuk segi empat 4x4 in. Daulloka juga dipotong bentuk segi empat, buang palapanya. panjang ikut panjang urat daun, lebarnya +-10 in.

Letakkan cholli'loka di atas daulloka. Masukkan beras bersantan tadi (3-4 sudu). Bungkus seperti buat bandang loka (lepat pisang). Ukuran lebih kurang sama 3x5 in.

Susun bungkusan bertiga-tiga atau berempat. Balut/belit dengan pabbebbe'. Mulakan balutan dari satu hujung ke hujung yang satu lagi pada jarak 1 in, bila sampai ke hujung yang satu teruskan belitan untuk membentuk huruf 'Z' di permukaan dan 'X' di bahagian tepi. Simpulkan di tempat permulaan. Buatlah sehingga semua beras siap dibungkus. Buras hampir siap.

Rebus buras selama 1-2 jam. Bila dah masak, keluarkan. Biar sejuk dahulu, hidangkan bersama manu' nasu likkua (ayam masak lengkuas). Sodaaap. Selamat mencuba. Resepi asli Bugis.

Maksud perkataan:
Werre' -
beras : Kaluku - kelapa : Pejje - garam : Cholli'loka - pucuk pisang : Daulloka - daun pisang :
Pabbebbe' -
pembalut/tali karung : Wennang Godang - benang besar .

Tiada ulasan:

Mabbaca Al-Qur'an secara online. Ta klik iyewe : AL-QUR'AN
Beli Tafsir Al-Quran per kata.