Pengikut

Jumaat, 21 Disember 2007

MALLEPPE' AJERAJA (RAJARAJA)

Sempena Hari Raya Aidil Adha ini, saya nak bincang pasal raya Aidil Adha dalam bahasa Bugis. Seperti tajuk post kali ini, bererti Hari Raya Aidil Adha. Kekadang disebut juga Malleppe' Zulhajji, sehinggakan ada diantara masyarakat bugis yang kurang faham menganggap bahawa hari raya Aidil Adha ini hanya untuk golongan haji sahaja. Sedangkan hakikatnya, raya ini diraikan oleh semua golongan, tak kira haji atau bukan haji, kerana raya Aidil Adha ini merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. Tak apalah...saya tidak mahu bincang itu lebih-lebih. Kita kembali ke tajuk post dan konsep yang hendak dibincangkan, iaitu Bahasa Bugis.

Raya Aidil Adha dikalangan masyarakat Bugis disambut alakadar sahaja. Dan antara aktiviti yang dilakukan ialah melaksanakan ibadah Karoba. Karoba ni barmaksud korban.
Cth: Iye taungnge, Pul Lako sibawa Iwawi maggere sapingngi. Melo'i nakarobai warialanna.
[Pada tahun ini, Pakcik Lako dan Iwawi menyembelih lembu. Mereka mahu buat korban untuk arwah keluarga mereka.]

Iye - ini : taung - tahun : sibawa - bersama/dan/dengan : maggere - menyembelih : saping - lembu/sapi : melo' - hendak/mahu :
karoba - buat korban : wariala - ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

Setiap sambutan hari raya, sama ada Aidil Adha mahupun Aidil Fitri, hidangan utama ialah burasa' [buras] dan nasu likku a' [masak lengkuas];
Cth: Icemba' macca makkabbua burasa'. Engka seppulo kilo na burasa' pulu, seppulo lima na burasa' owa. Seppulo pitu manu' na nasu likkua.
[SiCemba pandai buat buras. Ada sepuluh kilo dia buat buras pulut, lima belas kilo buras beras. Tujuh belas ekor ayam dia masak lengkuas]

Macca - pandai : makkabbua/mabbua' - membuat/membikin : engka - ada : seppulo - sepuluh : burasa'pulu - buras pulut :
seppulo lima- lima belas : burasa'owa - buras beras biasa : seppulo pitu - tujuh belas : manu' - ayam : nasu - masak : likkua/likku - lengkuas.

Beberapa perkataan biasa digunakan berkaitan Raya Aidil Adha dan sebagainya:
Alleppereng - Hari Raya : Malleppe' - berhari raya : massumpajang - solat/sembahyang : Mattakabbere' - bertakbir : Massiara - berziarah : pe(w)ong - lemang : wette manu' - ayam goreng : tunu bale - ikan bakar : bembe'/beke - kambing : jonga - rusa : lipa' - kain sarung : sujjadang - sejadah : songko' - songkok : palo - topi : jokka-jokka - jalan-jalan.

Oklah, minggu paeme' pasi tosiruntu', rilaeng wettu masagenae. Assalamu alaikum, dan selamat hari Raya Aidil Adha.

Tiada ulasan:

Mabbaca Al-Qur'an secara online. Ta klik iyewe : AL-QUR'AN
Beli Tafsir Al-Quran per kata.