Pengikut

Ahad, 29 Jun 2008

SEJARAH PENEMPATAN BUGIS DI TAWAU

1882- dikatakan sebagai tarikh keramat pertapakan Bugis di Tawau apabila Puado (Pu Ade') memulakan pembukaan tanah dengan tanaman kelapa. Lebih awal dari catatan pembukaan Tawau pada 1898 menurut The North Borneo Annual Volume (1955-1965). Puado telah memainkan peranan penting dalam pembentukan komuniti Tawau apabila telah di angkat sebagai Penghulu masyarakat Tawau yang pertama, yang memimpin beberapa etnik termasuk Bugis, Tidong, Suluk dan Banjar.

1905- wujudnya perkampungan awal Bugis yang dikenali sebagai 'Bugis Town'. Bermula dari itu, peranan Bugis dalam pembangunan Tawau terserlah dengan penglibatan mereka dalam sektor perekonomian. Ketokohan Puado dalam sektor ekonomi serta kepimpinan disusuli oleh tokoh-tokoh Bugis lain seperti Daeng Pasawa, Haji Chanok, Haji Milo, Daeng Mapatta dan beberapa tokoh lagi. Ketokohan pemimpin Bugis tersebut jelas memperlihatkan betapa peranan masyarakat Bugis dalam pengwujudan Bandar Tawau seterusnya membangunkannya. Hari ini masyarakat Bugis Tawau telah menceburi banyak bidang terutama ekonomi seperti kedai runcit, peladang, pedagang import, perkapalan dan perusahaan hasil laut, disamping tanggung jawab sosial yang besar.

Semoga sejarah ini tidak akan tinggal sebagai sejarah yang hanya akan menjadi kenangan, tetapi biarlah semangat perjuangan tokoh terdahulu kekal menyelinap di hati sanubari anak-anak Bugis.


Rujukan Sejarah Awal Komuniti Bugis Di Tawau, Sabah 1882-1931 - Pn. Suraya Sintang & Prof Mohd Sarim Hj Mustajab, UMS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dari nenek moyang hingga ke generasi saya hari tiada pernah dengar wujudnya Bugis Town / Bandar Bugis di Tawau pun. Janganlah mengada-adakan sejarah yg tak wujud.

Sipatuo berkata...

Salam saudara TN,
Saya tak mengada-adakan sejarah, sila rujuk Kertas Kerja di SEMINAR KOMUNITI BUGIS SABAH 2007 bertajuk 'SEJARAH AWAL KOMUNITI BUGIS DI TAWAU, SABAH 1882-1931'muka surat 6 oleh SURAYA SINTANG & SARIM MUTAJAB dari PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA UMS. Kertas kerja ini telah dibentangkan pada 23 Jun 2007 di Hotel Emas Tawau, dimana seminar tersebut telah dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman. Harap Sdr kaji sejarah, bukan hanya mengharapkan apa yg didengar. Apalagi usia kita baru puluhan tahun sedangkan sejarah yg disebut adalah lebih 100 tahun yg lalu. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya setuju....awal pembukaan tawau memang orang bugis...ini adalah fakta sejarah...

Mabbaca Al-Qur'an secara online. Ta klik iyewe : AL-QUR'AN
Beli Tafsir Al-Quran per kata.