Pengikut

Khamis, 6 Disember 2007

SUKU KATA PENAMBAHAN

Suku kata penambahan dalam Bahasa Bugis
Ma' (Ma)- perbuatan yang dilakukan sendiri (orang pertama) untuk diri sendiri.
Pa' (Pa) - perbuatan yang dilakukan sendiri untuk orang kedua.
Ya' (Ya) - perbuatan yang dilakukan beramai-ramai.
Na' (Na) - perbuatan orang ketiga.
  • Contoh 1:
Perkataan asal "GURU" yang mempunyai maksud sama dengan perkatan Melayu: Guru. Tetapi dalam bahasa Bugis, guru ini akan berubah kepada maksud belajar atau apa saja yang berkaitan dengan pelajaran.
Misal : Ma'guru - bermaksud belajar [bukan Mak Guru tau!]. Pa'guru - mengajar [bukan gelaran ya!]. Ya'gurui - Kita pelajari. Na'gurui -dipelajarinya. Penambahan 'i' atau 'wi' di hujung sesuatu perkataan menunjukkan penekanan, atau melibatkan diri pertama atau menunjukkan orang ketiga.
  • Contoh 2:
Perkataan asal "NANRE" yang bererti nasi. Sebagai makanan utama orang bugis, maka 'nanre' telah berkembang sebagai asas kepada kata perbuatan yang melibatkan 'makan' bergantung kepada penambahan dihadapan atau belakang perkataan.
Misal : Manre - bermaksud makan. Manrei - Dia sedang makan. [Ayat pendek yang menjawab pertanyaan berkaitan perbuatan orang ketiga].
Panrei - Berikan dia makan. Yanre - Dimakan [Menerangkan bahawa sesuatu itu boleh dimakan]. Yanrei - Dimakan/telah dimakan [Ayat pendek yang menerangkan bahawa sesuatu benda atau apa sahaja telah dimakan. Nanrei - Dia telah memakannya. [Ayat pendek yang menerangkan bahawa sesuatu telah memakannya. Uniknya bahasa Bugis ini, bukan sahaja penambahan yang merubah makna perkataan, mengurangkan sesuatu hurufpun akan memberi makna yang berbeza. Misalnya Anre - makanan, anrei/tanrei - sila makan, anreang - pinggan (bagi Bugis Bone bermaksud lauk, tetapi Bugis Rappang pula, lauk dipanggil 'pakkanreang') Satu lagi rasanya perlu saya bagi tahu, panre juga boleh bermaksud tukang, misalnya panre bola - tukang rumah, panre ulaweng -tukang emas dan panre-panre yang lain. He, he... tapi kalau penulis bukan panre oki' ya!, tapi paroki'. Fuh!!! semoga boleh difahami dan digunakan...amin. Jumpa lagi minggu peme' @ paimeng. _Paroki' Sipatuo.

Tiada ulasan:

Mabbaca Al-Qur'an secara online. Ta klik iyewe : AL-QUR'AN
Beli Tafsir Al-Quran per kata.