Pengikut

Selasa, 27 November 2007

SIPATUO

Berasal dari bahasa daerah BUGIS yang bermaksud 'Saling Menghidupkan'. Perkataan ini bagi orang Bugis terutamanya golongan pendita, merupakan suatu azimat yang dipegang bagi mengukuhkan perpaduan dan perjuangan. Bagi golongan saudagar pula, ia merupakan kata-kata semangat yang akan menjadi pegangan untuk saling membantu dalam memajukan ekonomi bersama. SIPATUO dijadikan cogankata yang melambangkan semangat kerjasama dikalangan masyarakat, terutamanya dalam meningkatkan taraf kehidupan.

Perkataan ini biasanya dipadankan dengan perkataan 'SIPATOKKONG' yang mempunyai maksud serupa. Gabungan kedua-dua perkataan menjadikan ia sepatah cogankata yang lebih bermakna, iaitu bila salah satu dari anggota atau ahli masyarakat, atau kumpulan tersungkur atau lemah, maka yang lain akan membantu dan menolong. Ibarat seorang yang terjatuh, maka ada yang lain akan membantu untuk mengangkat/membangunkannya.


Semoga sedikit sebanyak berkaitan dengan perkatan ini akan dapat memberi kefahaman dan membantu saudara(i) meningkatkan perbendaharaan kata dalam bahasa BUGIS (Rappang). InsyaAllah, pada masa akan datang akan ditambah lagi. Kepada saudara(i) yang mempunyai cadangan atau teguran bolehlah berbuat demikian di ruangan Chat (Cbox). Terimakasih.

Tiada ulasan:

Mabbaca Al-Qur'an secara online. Ta klik iyewe : AL-QUR'AN
Beli Tafsir Al-Quran per kata.